Kewajiban dan Hak

Pernah aku mengekori Nabi s.a.w dalam satu perjalanan di mana aku berada di belakang baginda. Baginda memanggil: Wahai Muaz bin Jabal! Aku terus menyahut: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan.

Kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut lagi: Telah keterima panggilanmu itu wahai Rasulullah.

Baginda bersabda: Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah?

Aku menjawab: Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahui.

Baginda bersabda: Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepadaNya tanpa menyekutukanNya.

Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal!Aku menyahut: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas?

Aku menjawab: Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahui.

Akhirnya baginda bersabda: Allah tidak akan menyiksa mereka.

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a.

Muraja’ah:

  • Bukhari – Kitab Jihad Dan Strateginya (Hadith no. 2644), Kitab Pakaian (Hadith no. 5510), Kitab Meminta Izin (Hadith no. 5796), Kitab Meminta Simpati (Hadith no. 6019) & Kitab Tauhid (Hadith no. 6825)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 43)
  • Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2567)
  • Abu Daud – Kitab Jihad (Hadith no. 2196)
  • Ibnu Majah – Kitab Zuhud (Hadith no. 4286)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 5 (Muka Surat 228, 230, 234, 236, 238 & 242)
Iklan
Pos ini dipublikasikan di Akhlaq, Aqidah, Hadist, Kisah orang shalih dan tag , , , , , , , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s